Daripada Abu Hurairah r. a berkata :
" Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s. a. w lalu bertanya : Ya Rasulullah! Sedekah manakah yang lebih besar pahalanya?
Nabi menjawab : Sedekah yang engkau berikan, sedangkan engkau pada masa itu masih sihat dan engkau bakhil (merasa sayang untuk mendermakan harta), engkau takut menjadi fakir dan engkau berangan-angan untuk menjadi lebih kaya. Maka janganlah engkau menangguhkan sedekah sehingga apabila ruh sampai di kerongkong, lalu ketika itu baru engkau berkata : Untuk si polan harta ini, untuk si polan harta ini, pada hal harta engkau itu memang akan dimiliki (diwarisi) oleh orang lain.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ramai yang takut untuk bersedekah atau memberi kerana ketakutan menjadi fakir, lalu mereka mengumpulkan harta yang banyak. Terdapat juga yang memikirkan keutamaan diri sendiri meskipun pada ketika itu berada dalam keadaan senang dan berada, lalu enggan memberi kepada mereka yang memerlukan. Namun demikian, Joe Vitale (penulis buku terlaris Spiritual Marketing) mendedahkan rahsia terbesar dalam menghasilkan wang adalah dengan memberi. Memberi dan kita akan diberikan semula, ianya adalah semudah itu.
Hadis di atas menerangkan tentang waktu terbaik untuk bersedekah yakni ketika seseorang itu sihat dan tidak sakit, ketika seseorang itu terlalu sayangkan kebendaan dan harta miliknya. Melakukan sedekah ketika ini menunjukkan kekuatan untuk melawan godaan dan hawa nafsu yang menakut-nakutkan seseorang untuk beramal ibadah. Ianya adalah satu anugerah terindah untuk dimiliki bila berjaya melawan musuh dalam diri seperti itu.
**********
Pada satu ketika dahulu, ketika perang berlaku di Syria, Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia ketika itu, Prof. Dr. Yusuf Qardhawi memberi pandangan bahawa, bagi mereka yang mengerjakan umrah dan haji, wajar bagi mereka menggunakan wang tersebut untuk didermakan kepada saudara seagama di Syria yang amat memerlukan ketika itu.
Beliau bersandarkan kepada keutamaan (aulawiyat), dimana situasi terdesak di Syria sangat memerlukan bantuan dan pertolongan. Namun demikian, bagi yang pertama kali menunaikan haji, mereka digalakkan meneruskan niat tersebut erlebih dahulu kerana ia merupakan kefardhuan bagi setiap muslim seumur hidup.
Antara kaedah yang digariskan oleh Islam bagi penerangan Syeikh Qardhawi ini adalah:
- Allah tidak akan menerima amalan sunat hingga ditunaikan amalan fardhu. Contohnya, setiap mereka yang mengerjakan umrah tanpa mengeluarkan zakat sebagai contoh, maka umrahnya ditolak oleh Allah. Keutamaan mengeluarkan harta bagi mengerjakan umrah ialah perlu dibersihkan terlebih dahulu hartanya dengan kefardhuan zakat.
- Allah tidak akan menerima amalan sunat yang menjurus kepada perbuatan yang haram kerana menyelamatkan dosa dari yang haram perlu didahulukan berbanding memperoleh pahala dari amalan sunat.
- Pintu kebaikan yang dikurniakan oleh Allah amat luas maka jangan disempitkannya kerana mereka yang mengerjakan haji secara berulang kali akan menutup peluang saudara Islam lain yang masih belum berkesempatan menunaikan ibadat ini. (Sumber : JomKenalIslam)
Pengajaran yang mungkin kita dapat rumuskan adalah:
- Wang untuk menunaikan haji tersebut lebih afdal digunakan untuk membantu umat Islam yang amat memerlukan bantuan. (bagi yang kerap)
- Memberi peluang kepada umat Islam yang lain menunaikan haji
**********
Saya memperkenalkan seorang insan seni tanahair yang telah lama menghilang dari persada seni kerana kesihatan tidak mengizinkan. Insan tersebut bernama, Azean Irdawaty. Mungkin ramai yang tidak mengenali Azean Irdawaty namun bagi mereka yang sudah biasa menonton TV1, TV2 dan TV3, wajah Azean Irdawaty pasti pernah kelihatan berlakon di dalam filem atau drama.
Azean Irdawaty terkenal dengan telemovie "Aishah 50 Sen", namun apa yang mengingatkan saya kepada bakat sebenar Azean Irdawaty adalah filem "Layar Lara", lakonan memberangsangkan bersama-sama Sidik Oraza dan Ida Nerina. (Sidik Oraza harus memenangi Oscar) Filem lakonan Azean Irdawaty yang lainnya ialah Talentime (2009), Diva Popular (2006) dan banyak lagi.
Ketika ini, Azean berada dalam keadaan tenat dan tumor otak yang dihidapi olehnya sedang bertumbuh dengan cepat. Azean akan dibedah esok, (Jumaat, 18.04.2013). Adalah diharapkan agar sesiapa pun yang mendapat iktibar atau ingin berterima kasih akan penulisan saya kali ini, jika tidak menjadi beban, bantulah Azean dalam bentuk apa sekalipun tak kira doa atau sokongan moral.
Jika ingin berkongsikan post ini pun dibenarkan.
Bagi yang ingin membantu dalam bentuk kewangan, sila hantar bantuan anda ke:
AZEAN IRDAWATY YUSOEF
RHB BANK
16240100009490
Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi laman Facebook Elza Irdalynna , anak kepada Azean Irdawaty.
Jika ingin berkongsikan post ini pun dibenarkan.
(Sumber : Google, Love Me Not)
0 comments:
Post a Comment