Saturday, 13 April 2013

Mustafa Ali - Trend Video Seks Terbaru??


Sejak sekian lama, sejak perdana menteri waktu itu ialah Tun Mahathir, kita didedahkan dengan kejadian skandal seks yang begitu mengaibkan negara. Apa tidaknya, pemimpin yang dihormati negara terlibat dengan skandal seks. Benar atau tidak masih gagal dibuktikan hingga ke hari ini.

Politik negara sememangnya tak asing dengan skandal seks. Ianya selalunya melibatkan video dan kadang-kadang gambar atau sekadar khabar yang tidak mempunyai apa-apa bukti bercetak. Anuar Ibrahim, Najib Razak, Chua Soi Lek, Azmin Ali, dan ramai lagi merupakan antara yang pernah dikaitkan dengan skandal serupa. Terbaru adalah skandal seks Mustafa Ali.


Mustafa Ali merupakan ahli penting parti PAS dan banyak dikaitkan dengan usaha agar PAS dan UMNO dapat bersatu. Namun semikian, pendedahan video seks melibatkan beliau baru-baru ini benar-benar mencemarkan karier politik Datuk Mustafa Ali.

Satu demi satu pendedahan video seks oleh ahli politik negara sebenarnya mencerminkan keperibadian negara juga. Bayangkan, negara kita dibanjiri oleh ahli politik yang sedemikian, yang mana curang terhadap isteri sendiri, hubungan seks bukan muhrim dan sebagainya. Ianya mengaibkan dan memalukan.

Paling menyedihkan apabila penyebar video-video ini tidak ditangkap dan dipenjarakan. Bagaikan penagih dadah dan pengedar dadah, jenayah terbesar semestinya si pengedar. Jika tiada pembekal, pembeli akan berhenti serta-merta.

 (Gambar: Google)

0 comments:

Post a Comment

Berita Busuk

Lagi Busuk